1 :)



Bismillahirrahmanirrahim...

Katakanlah:'Berjalanlah kamu (di muka) bumi,lalu perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berdosa.' (QS. An-Naml:69)



Ok,sempena perkongsian yang pertama dari aku.Aku nak kongsi ayat ni dengan semua.Aku mula terperasan ayat ni waktu aku tengah saja selak-selak translation secara rawak.Tiba-tiba aku nampak ayat ni dan aku rasa macam ayat ni cool gila.

Macam biasalah.Bila kata baca dan kita tak apply dalam kehidupan,tak rasa macam terkesan sangat.Macam tu la jugak aku.Memang tahu ayat tu macam cool.Tapi setakat tu saja lah.

Nak dikatan susunan Allah itu yang paling indah,Allah sampaikan aku ke Pompeii.

Pelik tapi benar.
Selalunya kalau cakap pasal Itali,semua orang serbu ke Rome,Florence,Venice dan lain-lain tempat di bahagian atas sana.Pompeii ni kalau tengok peta Itali,dia ada dekat bahagian bawah-bawah dan selama aku tanya orang-orang yang dah pernah sampai Itali,aku tak pernah dengar lagi orang sampai ke area bawah-bawah ni.Mungkin Allah dah bagi keberanian dekat sekumpulan 4 orang perempuan ni yang pertama kali merantau ke tempat asing dan ke tempat yang jarang-jarang orang sampai.Ada berani?haha


Imej di atas menunjukkan macam mana bandar musnah Pompeii pada masa kini.Cuba bayangkan sewaktu bandar tersebut masih elok lagi.Macam kagum jugak sebenarnya.

Waktu mula-mula menapak ke kawasan musnahan ni,ada rasa macam-macam.Rasa excited pun mungkin ada jugak.Haruslah kan?belajar waktu nak SPM dulu bagai nak rak,akhirnya jejak jugak kaki dekat tempat ni.Dulu tengok gambar dalam buku teks,sekarang memang nampak yang betul-betul.

Maka merayau-rayaulah sekumpulan 4 orang perempuan ni di dalam kota musnah tersebut.Macam bandar biasa,ada saliran yang baik.Ada tempat menyembah tuhan yang mereka percayalah.Kalau nak ikutkan,gunung Vesuvius dekat belakang tu pun diorang ni sembah.Susunan rumah yang teratur.Ada tempat mandi awam dan lain-lain lagilah.

Dan bila sampai di satu kawasan ni,menurut buku travelling yang menjadi 'tour guide' mengatakan bahawa kawasan itu adalah kawasan rumah-rumah pelacuran.Sebelum sampai situ,dalam fikiran memang dah tahu dah tempat tu memang macam tu.Tapikan,tak terfikir pulak kawasan untuk aktiviti tersebut sangat lah luas!Bukan sebijik dua,tapi berpuluh-puluh bijik dan berlorong-lorong dan sebelah menyebelah!Pada zaman itu,aktiviti tersebut merupakan perkara biasa dan dibanggakan.Dan jugak,tidak terbatas kepada jenis jantina.Nak yang sama boleh,nak yang berlainan pun boleh.Nak tanya sikit lah,rasanya keadaan ni tak jauh beza dengan zaman sekarang kan?Ehh,tak tau.tak tau. :D

Pada waktu tu,aku ada rasa macam..entah lah.Nak cakap pun tak tau nak cakap macam mana,cuma waktu mula-mula sampai situ nampaklah kebijaksanaan orang-orang zaman itu untuk manage tempat tinggal dan bila sampai ke kawasan aktiviti seperti itu,ada satu perasaan lain yang aku tak tau nak terang macam mana.Yang pasti,perasaan itu bukan sesuatu yang gembira lah.Faham ke?

Macam mana kawasan Pompeii ni boleh musnah?
Kawasan ni musnah sebab letusan gunung Vesuvius dekat belakang tu.Lava dan debu mengalir dan sampai ke Pompeii tu.Tapi yang peliknya kan?Orang-orang pada waktu tu macam tak sedar ada letusan gunung berapi.Kalau nak fikir logik la,sebelum gunung berapi meletus mesti la ada gegaran dulu dan nampak ada asap-asap keluar dari gunung tu kan?Pompeii ni punya lah dekat dan agak mustahil kalau tak rasa gegaran apa semua tu.Kalau dah rasa semua gegaran tu haruslah nak ada usaha untuk selamatkan diri.Betul tak?Tapi,apabila artifak-artifak orang-orang pada zaman itu dijumpai,diorang semua ni macam tak sedar ada letusan tengah berlaku sebab ada artifak yang dijumpai tu satu keluarga yang tengah duduk elok dekat meja makan,mungkin nak makan la kan?Yang tengah beraktiviti seksual tu tak payah cakap la.Artifak tu memang dijumpai betul-betul terkaku melakukan perkara tersebut dan bilangannya tak payah cakap la jugak.Diorang semua ni seolah-seolah tak sedar apa yang berlaku dan hidup macam biasa.Sebagai manusia yang percaya semua perkara Allah yang Maha Mengetahui,semestinya perkara yang disebutkan di atas itu tidak mustahil.Sedangkan Laut Merah tu boleh terbelah dua,apa kurangnya yang ini kan?

Seorang kawan pernah berkata:

Allah kalau dia nak tunjuk,sat ja dia bagi.

Memang betul dan terbukti.

Sejarah dah membuktikan bahawa, orang-orang yang melakukan kemungkaran pasti akan ada balasan.Contoh yang terdekat dengan kejadian ini ialah apa yang terjadi pada kaum Nabi Luth,dan beberapa lagi kaum terdahulu.

Bila melangkah keluar balik dari tempat itu,untuk menuju balik ke hotel.Tiba-tiba teringat balik ayat yang aku pernah terserempak tu.

dan aku tak boleh berhenti senyum,sebab aku betul-betul dapat rasa yang ayat tu sangat cool!


Kita sebagai manusia kan,kita ada peluang untuk belajar dari sejarah.Belajar dari kesilapan orang-orang yang hidup sebelum kita.Tapi,berapa peratus sangat la yang betul-betul belajar dan ambik pengajaran.Itulah,manusia...


Bila fikir-fikir balik,apa beza sangat lah zaman dulu dengan zaman sekarang?tak mustahil kan sejarah mungkin berulang?
ehh,tak tau.tak tau :D



p/s=Malam-malam akhir Ramadan lah makin liat kan?patutlah malam Lailatul Qadar tu berada dalam 10 malam terakhir. :P

1 comments:

oren said...
August 26, 2011 at 10:30 AM

aku rasa macam amazing ja pompei dari gambar, huhu. mesti lagi amazing masa jalan tengah tengah tembok tu.

Leave a Comment

Back to Home Back to Top Theme ligneous by pure-essence.net.