2 :)

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdullilah,dah 28 hari kita semua berada di sekolah Ramadan ni.
Lain orang,lain tarbiyah yang diterima.Semoga semuanya bermakna dan dijadikan pengajaran untuk diri sendiri dan orang lain.Sebaik-baik manusia ialah manusia yang bermanfaat kepada orang lain,kan? :)

Sejak balik Malaysia ni,aku jarang la jugak tengok tv.Tapi bila dah ada di kampung ni,tak lain tak bukan aktiviti tengok tv la yang jadi pilihan.Sebab tak ada benda sangat dah nak buat.Walaupun hujung-hujung macam ni la kena ada pecutan dalam buat ibadah.Tapi....nampak gaya macam aku agak tewas di situ T_T.

Aku nak cerita pasal satu slot kat tv sebenarnya.Nama slot tu, Ihya' Ramadan.Sebelum ni tak pernah tengok pun.Sebab ustaz yang jadi host tu pun aku tak kenal.Tak pernah nampak.Rasa macam tak berapa nak best pun ada jugak.Hehehe

Tapikan,tadi aku tengok dan aku rasa rugi sangat la pulak sebab tak ikut dari awal.Sebab,ustaz ni muda lagi dan cara penyampaian beliau amatlah slamber dengan slang Penang yang tak leh blah tu.Nama ustaz tu pun boleh tahan gak,Don Daniyal.Cool kan?Sebelum ni aku tau Don Corleone ja.Tajuk yang dia bawak pun yang simple dan asas.Dan simple dan asas tu la yang patutnya ditekankan sebab kita selalu terlepas pandang.Kita ingat ramai orang dah tau,padahal ramai ja yang tak tahu dan malu bertanya.Jadi kalau dengan slot yang ustaz ni bawak dengan slambernya,rasanya ramai la kot yang tengok sebab benda asas memang orang nak tahu dan dengan pembawaan yang tak menampakkan benda tu berat,lagi la orang rasa macam nak ikut.Betul tak?

Sempena episod terakhir untuk tahun ini,tajuk yang simple ja jadi perbincangan hari ini.

Solat Jamak Taqdim dan Jamak Takhir.

Simple kan?dan harapnya yang selalu,aku,kamu dan semua orang di luar sana buat.


Waktu aku jadi ajk untuk 1 program pre-departure kanak-kanak yang bakal keluar dari tanah Malaysia ni dan hidup sebagai orang asing di Tanah Eropah.Aku dipertanggungjawabkan untuk ajar kanak-kanak tu semua pasal solat jugak.Yang 5 waktu wajib tu haruslah diingatkan walaupun itu bukan benda utama yang diajar.Aku ambik option untuk ajar pasal solat jamak ni la jugak.Cuma yang ada tambahan sikit la,aku dan seorang lagi ajk yang diberi tugas ajar macam mana kalau dah berjamak bagai ni,sekali dengan berimam.

Aku nak share sikit la kalau bab nak jamak dan qasar ni ramai orang tahu,boleh pakai dalam 3 hari sahaja.tapi 3 hari yang macam mana?

3 hari itu,tidaklah termasuk hari bertolak pergi dan bertolak pulang.3 hari itu bermula apabila dah sampai di lokasi berkenaan dan stay di situ.Kalau dicampur hari pergi balik dan menetap,maksimumnya 5 hari lah kita boleh guna jamak dan qasar.Itu hanyalah kalau kita bercadang untuk menginap di 1 tempat.Lain pulak ceritanya kalau berpindah-pindah tempat.Itu lain harilah kita cerita.ok?


Kalau nak berjamak dan berimam ni pun ada banyak jugak cerita dia.Tapi aku share yang mudah kita buat la eh?

Situasi 1.

Katakanlah kita ni tengah bermusafir.Kita berhenti di sebuah masjid tepi jalan dan kita nak ikut jemaah di masjid tu.Kita dah niat jamak dan qasar ni.Jadi macam mana nak buat?

Ada macam-macam cara boleh buat.
1.Kita ikut penuh 4 rakaat bersama imam dan bila selesai imam bagi salam dan kita pun bagi salam,terus bangun selesaikan yang lagi 2 rakaat solat fardhu yang dijamak dan diqasarkan tu.Faham ke?

2.Kalau tak nak buat penuh 4 rakaat,boleh jugak nak buat 2 dan 2.Caranya adalah,bila imam dah mula rakaat pertama,kita jangan ikut lagi.Bila imam dah masuk rakaat ketiga,kita masuk dan solat macam biasa.Faham ke?

Situasi 2

Katakanlah kawan kita dari jauh datang melawat kita di rumah.Bila nak solat,dia nak jadi imam.Dia jugak berniat solat jamak dan qasar.Kita yang jadi makmum ni kan tak boleh nak qasarkan solat.jadi macam mana?

1.Kita niat berimam macam biasa.Apabila imam dah tahiyat akhir untuk waktu solat yang pertama dan beri salam.Kita jangan bagi salam,selepas imam bagi salam,terus kita bangun dan selesaikan lagi 2 rakaat yang berbaki.Faham ke?



Ok,itulah sedikit sebanyak yang boleh dikongsikan.

Kesimpulan yang nak dibuat disini ialah solat itu bukan 1 perkara yang patut kita rasa sebagai beban.Solat tu kan antara perkara yang terpenting dan masih lagi diberi kelonggaran dalam masa-masa yang tertentu.Jadi,sebolah-bolehnya tunaikanlah solat.Ok? :)

p/s=Lagi dekat tarikh balik,lagi lah rasa nak makan macam-macam :(

1 comments:

oren said...
August 30, 2011 at 7:41 AM

aku suka bermusafir sebab boleh solat jamak. dah la solat pendek lepas tu dapat pahala lepas tu doa cepat makbul :DD

P/S:LAGI BALIK LAGI RASA SAYU. *.*

Leave a Comment

Back to Home Back to Top Theme ligneous by pure-essence.net.