in to the tro (versi oren)

Assalamualaikum semua :)

Author sorang lagi suh saya mula dulu rasmikan post kat sini. hihi. So apa lagi, meh saya conteng conteng sikit kat sini. Pertama sekali nak ucapkan rasa syukur kepada Allah S.W.T sebab...erm...sebab apa eh. sebab everything!
Tapi secara formalnya nak cakap thanks Allah for ,


campakkan sedikit rasa kesedaran yang kami pernah buat silap.


Ada orang dia banyak buat kesilapan tapi dia tak pernah sedar dia dah buat silap. Jadi bila macam kita sedar yang kita telah buat silap, cepat cepat ucapkan alhamdulillah. At least Allah tak letakkan kita dalam golongan yang tak mahu ambil peduli langsung tindakan mereka tu betul atau salah atau dalam erti kata lain termasuk golongan yang jahil. Moga moga tidak ada orang sebegitu. amin. Jadi apa kena mengena kesedaran dengan in searching for another 99% ni?

Tercetusnya in searching for another 99%, purely because, we don`t want to be in that state of jahilliyah anymore. Ilmu kalau tak dak, wajib di cari dan Ilmu kalau tahu, harapnya dapat dipraktik dan dikongsikan . Jadi tulisan tulisan di sini kalau tak ada orang baca pun, penulis lagi satu mesti baca. hehe. same goes with the other author. bila dia tulis saya akan baca jugak. Jadi ilmu tu akan terus mengalir, tak adalah macam dalam perigi buta. :)

dan ilmu ilmu yang akan kami kongsikan harapnya

  1. ilmu yang dapat bila kami pergi mana mana talk (xdalah catatan dalam buku nota tu lepas balik terus tutup, xbukak-bukak)
  2. ilmu dapat daripada team usrah
  3. ilmu selepas baca mana mana buku yang menarik (hehe.amin)
  4. ilmu yang dapat melalui pancaindera dengan cara mentadabbur alam ka..
  5. ilmu melalui pengalaman?
  6. or mana-mana ilmu lah yang dirasakan berguna. hehe


Harapnya catitan kami yang 1% ini akan membuahkan hasil 99% tu lagi dalam diri kami mahupun sahabat sahabat yang membaca.

dan diakhiri dengan mengambil sedikit pepatah arab:


"ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah"






                                  We want to be exactly like this. ameen


salam istiqamah :]

1 comments:

ImaginE said...
August 25, 2011 at 8:36 AM

izzah.semoga terus thabat!

hehe :D

Leave a Comment

Back to Home Back to Top Theme ligneous by pure-essence.net.