3 :)

Benda yang aku nak tulis ni sepatutnya kena tulis dalam blog sendiri.Tapi memandangkan blog sendiri pun dah mati,maka aku share la dekat sini.

Penyebaran agama.

Peh,tajuk berat je kan?
Aku tak ada la nak cakap banyak sangat.Sebab macam tak appropriate la pulak nak cakap banyak-banyak.
Tapi,mungkin aku baru perasan la benda ni sekarang.Sebab sebelum ni aku macam ambik tahu dan tak ambik tahu saja.

Aku bercakap ni dari pandangan seorang Muslim.

Sebagai seorang Muslim,bila kita ada saudara baru yang kembali kepada fitrah kita meraikan dia.Kita sambut dia dengan gembira.Kita sokong dia masuk dalam keluarga besar kita ni.
Bila kita baca tentang artikel macam mana ada orang sebelum ini menganut agama lain dan akhir sekali memilih Islam sebagai cara hidup,kita jadi terharu.Kita seronok.Kita gembira.Kita share artikel tersebut dalam facebook.kalau ada orang yang dahulunya bukan Islam,dan bila dia memeluk Islam dan sangat aktif menyebarkan agama ini.Kita mengalu-alukan usahanya.Kita sebarkan video-videonya ke dalam facebook jugalah.Mana lagi kan?
Kalau ada perkara yang menarik dari kitab yang kita percaya itu,kita letak sebagai status.Sebarkan sebagai peringatan kepada semua,sebagai perkongsian kepada rakan-rakan kita.Tapi kadang-kadang kita terlupa bahawa dalam friend list kita tu,kita ada jugak rakan-rakan yang menganuti agama lain.Ada yang tak percaya pada agama pun barangkali.Tapi itulah,negara ini memberikan kita ruang untuk mengekspresikan apa yang kita rasa pada agama.Tak ada masalah la kalau setakat berkongsi di facebook tu.

Kadang-kadang ada rakan-rakan yang kongsi artikel macam mana seseorang itu diberikan hidayah dan kembali kepada fitrah.Aku suka baca,dan rasa gembira.Tapi sebelum ni aku tak pernah terfikir apa perasaan kawan-kawan aku yang lain yang masih lagi belum dapat Islam ini,mungkin akan baca artikel tersebut.Apa perasaan dia apabila dia membaca artikel tersebut?Anda,anda dan anda semua pernah terfikir tak?

Aku boleh terfikir persoalan ni sebab ada seorang sahabat yang belum lagi kembali kepada Islam dan masih berpegang pada agama yang dianuti sekarang berkongsi 1 link yang mungkin bagi aku,masih kurang terdedah lagi di Malaysia ni.Kalau di Indonesia lain pulak cerita.Memang terang-terangan benda ni disebarkan.Tetapi kalau di Malaysia,memang susah la.Nak kena tangkap? :P

Rakan itu berkongsi link di mana seorang Muslim di saat-saat ditimpa kesusahan,dia diceritakan tidak mendapat pertolongan dari Allah,datanglah la pula tuhan yang dipercayai oleh agama itu memberi pertolongan kepada Muslim ini.Akhir sekali,Muslim ini meninggalkan Islam dan mengikut ajaran baru.

kalau bagi seorang Muslim,aku sendiri ada rasa 'lain macam' sikit bila baca artikel ni.Tapi melihatkan komen rakan tersebut.Dia suka.Dia gembira.Macam mana gembiranya aku bila ada individu yang baru memeluk Islam.Macam tu jugaklah gembiranya dia bila ada individu baru yang memeluk agama yang dianutinya itu.Pernah terfikir tak yang rakan tadi itu mungkin jugak ada rasa 'lain macam' jugak bila dia baca artikel yang kita kadang-kadang kongsi di Facebook?

Berat kan tajuk ni?

Kesimpulan yang aku nak buat sebenarnya,manusia itu memang fitrahnya memerlukan tempat bergantung dalam hidup ini.Perlukan tempat mengadu.Perlukan tempat meminta pertolongan.Cuma dalam perjalanan untuk mencari Tuhan itu,tak semua orang akan melalui jalan yang sama,cabaran yang sama,dan menemui destinasi yang sama.Semoga kita semua akan tetap kembali kepada fitrah yang sebenar-benarnya.

'KITA yang sebenar disebalik topeng yang dipakai sangat inginkan kebaikan…

Itulah fitrah…itulah Islam…'


Jika anda,anda dan anda di luar sana merasakan bahawa anda telah berada di jalan yang benar,jalan yang terbaik.Maka,seboleh-bolehnya janganlah mengelak untuk berkongsi kebenaran itu.Semoga semua orang akan sampai ke destinasi yang sama jugak nanti.


p/s=Kadang-kadang kita tak sedar bahawa orang yang kita nak elak itulah,orang yang membawa kebaikan kepada kita...

2 comments:

oren said...
September 5, 2011 at 7:22 AM

huhu. aku pernah lalui >.<
n tak tahu kenapa aku rasa bersalah bila aku dpat rasa perasaan yg dia rasa ^^,

ImaginE said...
September 5, 2011 at 8:39 AM

rasa bersalah tu memang ada kan?

tapi tanggungjawab kita jugak untuk tunjuk pada dia kebenaran.
tapi hati manusia,hidayah dari Allah bukan kita yang tentukan...

berusaha takat mana mampu.usaha itu yang diambil kira kerana segala keputusan bukan di tangan kita :)

Leave a Comment

Back to Home Back to Top Theme ligneous by pure-essence.net.