4 :)

Bismillahirrahmanirrahim

Tak tahu lah kan,kenapa tahun ni waktu hari raya asyik tayang movie pasal makhluk ghaib.Berturut-turut pulak tu.Strategi pemasarankah? ehh,tak tau :D

Aku pun tak terlepas jugak tengok semovie-dua yang ditayang dekat tv tu.

Ada 1 hari tu,aku tengok 1 movie tu dengan adik aku,pasal makhluk ghaib ni jugak la.Tak ingat cerita apa.haha.

Ada la dalam movie tu dia sebut kita semua ni anak cucu Adam.Adik aku yang lurus bendul ni boleh pulak bangkitkan soalan yang aku tak pernah fikir akan ada orang tanya.

Adam tu sapa?Awat kita ni anak cucu dia pulak?

Alahai adik.Adam tu nabi Adam la.Cuma dia tak sebut perkataan nabi tu.Nampak gaya macam dia puas hati dengan jawapan aku tu.

Lagi sekali dia tanya aku satu soalan yang aku sendiri pernah tertanya-tanya satu masa dahulu.Aku tak pernah terfikir pulak adik aku sendiri yang akan tanya balik soalan tu pada aku.

Kalau lah kan kita semua ni asal dari Nabi Adam,awat kita semua jadi lain-lain.Cakap bahasa lain-lain.Muka pun lain-lain?

Erk.Memang adik aku.Lol!

Tapi pada umur dia,aku bagi la jawapan yang mudah dia terima.Ada kaitan dengan sains,teknologi dan geografi. :P

Tapi sedar tak,jawapan yang sebenar-benarnya terpampang dengan sejelas-jelasnya dalam kitab yang jadi panduan kita sampai mati tu?

And among His Signs is the creation of the heavens and the earth, and the variations in your languages and your colours: verily in that are Signs for those who know.
Ar-Rum,22



Dan jawapan tu aku dapat waktu aku tengah borak-borak dengan seorang sahabat waktu on the way jalan kaki nak balik rumah.Padahal soalan tu dah ada dalam kepala aku dari waktu aku tak berapa matang lagi.

Ada banyak lagi persoalan dalam kepala aku ni sebenarnya,cuma aku rasa Allah dah susun elok-elok dah waktu mana dan dari siapa yang paling sesuai untuk aku jumpa jawapan-jawapan kepada semua persoalan aku.

Anda,anda dan anda semua pun mesti ada benda yang menjadi persoalan kan?
Selamat mencari jawapan. :)


p/s=Belfast is a special place.Very special :)

0 comments:

Leave a Comment

Back to Home Back to Top Theme ligneous by pure-essence.net.