5 :)

Assalamualaikum...
Sihat semua?
Semoga sihat lah hendaknya. :D

Dah lama tak tulis di sini.Sebabnya,kekeringan idea.Nak kata sibuk tu,buat masa ni tak lah sibuk mana.Cuma kemas² rumah dan kerja² rumah yang lain.

Okeh lah.macam biasa.hari ni nak kongsi sikit perkongsian yang dapat pada hari Jumaat lepas.


Pengisian ni diberi oleh seorang ustaz yang tinggal di Belfast ni.Mungkin ada yang kenal.Mungkin ada yang tak.Identiti dirahsiakan.Hehe

Jom mula :)

Tajuk:Syariat

  • Ad-deen itu merangkumi 3 perkara iaitu aqidah,akhlak dan syariat.
  • Apabila bercakap tentang aqidah maka 3 perkara ini haruslah berada di hujung jari.Apa dia?tauhid uluhiyah,rububiyyah dan asma wa sifat.
Aqidah

Rububiyyah(meletakkan Allah sebagai yang rab)
Nak terang bab rububiyah ni sebenarnya mengambil masa yang sangat panjang oleh sebab perbincangan yang panjang lebar.Dipendekkan,maka bolehlah difahami sebegini;mempercayai bahawa alam ini ada pencipta.Konsep ini juga terdapat dalam agama lain yang percaya bahawa memang ada Tuhan yang mencipta alam.yang membezakan muslim dengan penganut agama lain ialah tauhid Uluhiyah.

Uluhiyah
Allah yang maha berkuasa dan segala pergantungan hanya pada Allah yang esa.
Di mana dalam agama lain,mereka telah terkeluar dari konsep uluhiyah itu sendiri.Sebagai contoh,konsep trinity yang dipercayai oleh penganut agama kristian.Dan juga agama² lain seperti Buddha dan Hindu yang ada konsep mereka sendiri yang memang sudah terkeluar dengan konsep uluhiyah ni.

Asma wa sifat
Kita mesti percaya dan yakin dengan nama² dan sifat² Allah.

Apabila lengkap ketiga² aspek di atas,InsyaAllah kita dah dapat 1 komponen penting dalam ad-deen kita.

Akhlak
Senang cakap,akhlak ini adalah 1 sifat yang lahir dari individu.Dan apabila bercakap tentang akhlak,haruslah bab adab itu datang sekali.Daripada akhlak itulah maka terbentuklah adab.
Jika elok akhlak yang lahir dari diri,maka eloklah adab.Dan jugak di sebaliknya.Faham ke?

Dan apabila kita dah setel dengan komponen pertama,tak susah untuk kita dapatkan komponen kedua ni dalam cara hidup kita.

Penah dengar tak orang cakap.Lebih kurang macam ni la

Kalau kita percaya Allah tu ada.Allah tu nampak semua benda yang kita buat.Mustahil kita nak buat benda-benda tak elok.

Kalau kita tak buat benda tak elok,maksudnya kita seorang yang mempunyai akhlak yang baik.Lepas tu,automatik kita akan terbentuk menjadi seorang manusia yang beradab.Nampak tak hubungkait dekat sini?

Sebab itu bab aqidah perlu sangat,sangat dan sangat ditekankan dan dibentuk dari awal.Sebab itu adalah asas untuk perkara-perkara yang bercabang-cabang lain.Pokoknya adalah aqidah.

Orait.setel 2 point awal.sekarang kita masuk point yang memang menjadi tajuk untuk talk malam Jumaat hari tu.Syariat.

Ayat ustaz tersebut lebih kurang macam ni.

Bersama akhlak itu datang bersamanya tugasan.Allah yang menetapkan tugasan itu.Tugasan itu adalah syariat

Apakah tugasan tersebut? Jeng jeng jeng

'Tidak aku(Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaku'
Az-zariyat(56)

Tugasan pertama:Menjadi hamba

'Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".'
Al-Baqarah(30)

Tugasan kedua:Menjadi khalifah

Jadi,sebagai manusia kita haruslah seimbangkan kedua-dua tugasan tersebut.Macam berat kan?Mampu tak?
Jangan risau,kita ada petunjuk macam mana nak seimbangkan kedua-dua tugasan tersebut.

System syariat ini haruslah berpandukan Al-quran dan hadis.

Al-Quran-wahyu² yang diturunkan kepada Nabi Muhammad
Hadis-Setiap sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah melalui perkataan,perbuatan dan perlakuan.

Persoalannya di sini.Kenapa kita perlu betul² tahu tentang syariat ni?


Sebabnya adalah perlaksanaan syariat ini boleh jadi berbeza² mengikut mazhab.

Banyak orang keliru tentang hal ni,dan seeloknya kena la ambik tahu.apa salahnya?kan?tak rugi pun dan menarik sebenarnya.

Syariat masih berlandaskan ajaran nabi tetapi berubah berdasarkan ruang lingkup ahli sunah wal jamaah.

Sebagai contoh,semua umat Islam disyariatkan untuk berpuasa pada bulan Ramadhan.Jadinya,bila tiba Ramadhan wajiblah kita berpuasa.Tak kiralah di mana kita berada walau di planet Marikh sekali pun.Tetap kena puasa.Tapi bila dekat Marikh kena ikut takwim sana la kan?Haha.Merepek.

Nak kata dekat sini yang bila Allah dah tetapkan,sampai kiamat pun tak berubah.Sampai kiamat la kita kena solat.Sampai kiamat jugak la kena pegi tunaikan haji bagi yang berkemampuan.Itulah syariat.

Tapi yang berbeza hanyalah dari segi fiqh.

Contoh:solat.

Solat wajib sehari 5 kali.

Beza:Cara penentuan masuk waktu solat.(e.g solat asar)

Mengikut mazhab hanafi,masuknya waktu solat asar itu apabila bayang kepada kayu penanda adalah 2 kali ganda panjang asal kayu.

Mazhab lain pula,apabila panjang bayang itu sama panjang dengan panjang kayu penanda maka masuklah waktu asar.

Tapi nampak tak apa yang sama di sini?
Ya!Solat tetap kena solat.1 hari 5 kali.Rakaatnya tetap mengikut waktu masing-masing.
Tapi pelaksanaanya mungkin ada yang berbeza mengikut mazhab yang 4 itu.

Sememangnya kita patut ambik tahu,untuk mengelakkan kekeliruan.Dan paling penting sekali untuk mengelakkan diri kita ni menghukum orang lain.Seolah-olah ibadat kita itu lebih baik berbanding orang lain.Nauzubillah.Siapa kita nak menghukum suka hati?Dah masuk kategori riak dah tu.Sebab tu kita kena kumpul ilmu banyak².Supaya kita tahu apa yang berlaku dan manfaatkanlah ilmu tu.Jangan pulak riak dengan ilmu kita yang banyak tu.Haa.Susah kan nak jaga perasaan riak ni?

Akhir kata,perbezaan pendapat bukanlah sesuatu yang aib.Bukan juga sesuatu yang rahmat.Namun,disebabkan perbezaan ini maka ada ruang/jalan keluar untuk kita melaksanakan syariat ini megikut situasi.Sekiranya ada pendapat berbeza,asalkan pendapat tersebut membawa paling hampir kepada kehendak Al-quran dan sunah,maka bolehlah diamalkan.

Sekian,itu saja buat hari ni.Kalau ada salah di mana² amat dialu-alukan untuk pembetulan :)


p/s-Ayuh kembali ke sekolah. :D



0 comments:

Leave a Comment

Back to Home Back to Top Theme ligneous by pure-essence.net.