common sense

hi and assalamualaikum!

jap cuci sawang sikit. hehe

lusa dah nak balik ke cardiff. masih teringat saat saat menjejakkan kaki ke cardiff. 3 bulan yang pertama sangat pelik suasananya. huhu. bukan tak selesa. tapi lain. bukan lain sangat dari zaman buat buat foundation di kl tapi lain yang lebih serious. 'semua' orang(circle of my friend) sibuk membuka topic kahwin. rata rata pelajar 1st year di sana macam masih single dan mungkin itu macam peluang untuk kami kami gelak ketawa pasal nak cari kat mana our other half di zaman yang 30% : 70% ratio mahasiswa dan mahasiswi. huhu, mungkin atas faktor jauh dari keluarga, feeling of insecure tak ada orang jaga tu yang macam membangkit kerisauan jugak masih single masa tu.

tapi bila masa dah berlalu dan umur makin meningkat pengalaman makin luas dengan macam macam benda berlaku di hadapan mata. saya makin sedar. hakikat perkahwinan itu bukan hanya perkongsian dua hati, tapi perkongsian 2 keluarga yang kita boleh buat macam nak bina lego ja. huhu. i really mean this. dan sekarang baru saya tahu kenapa faktor pilihan calon suami/isteri salah satunya sekufu. dulu macam so what if sorang lebih rendah(boleh jadi in term of everything) dari sorang lagi? as long as kita boleh menerima pasangan kita pedulikan apa orang lain kata.

and lagi satu-apabila kita macam ada ilmu sikit. sebolehnya kita macam nak ikut apa yang wajib je. saya macam kenapalah semua orang nak buat kenduri besar besaran ni. nikah kenduri sikit sudah. huhu, and rasanya semua pasangan yang nak berkahwin kalau boleh nak yang cukup syarat ja. kan senang. nikah, terus jalan pergi honeymoon.

tapi...

iklim di malaysia ni berserta dengan adat melayu yang masih tebal saya baru sedar kita ada hati yang perlu dijaga. cuba kita fikir balik. kerana siapa kita boleh jumpa jodoh kita. kerana siapa kita boleh nak berkahwin. tak lain dan tak bukan kerana mak dan ayah kita yang melahirkan dan membesarkan kita. kalau boleh kita nak buat apa pun MAK and AYAH tu diconsiderkan pada tangga yang pertama. kalau mak dan ayah kita nak buat majlis dekat hotel 5 bintang kalau mampu dan nak jemput dr mahathir bagai. haha. apa salahnya. kita sebagai anak rasanya patut turutkan as long as tak menyalahi dasar dasar Islam daripada macam buat mak and ayah kita sedih seminggu. hehe. begitulah jugak sebaliknya. if mak n ayah kita nak buat majlis kecil kecilan padahal dalam hati since darjah 1 nak buat majlis dekat sri carcosa. huhu- apakata pendamkan hasrat dan ikut cakap mak ayah demi sekuntum senyuman di wajah yang ada garis garis tua. the reason yang saya boleh pikir bila mak ayah nak jemput ramai orang, mungkin sebab dia sayang kamu sangatttttttt so dia nak bgtahu anak yang dia sayang dah nak kahwin and alasan yang sama jugak untuk parents yang nak buat majlis kecil kecilan, dia sayang anak dia sangattttttttt so dia nak mudahkan and cepatkan everything ja. :)

 macam orang selalu cakap, semua benda ada hikmahnya kan?

same goes with the calon. huhu. i don`t think kita tahu sapa yang lebih sesuai dengan kita lebih dari mak dan ayah tahu. kalau dah restu. alhamdulillah. dan gembirakan hati mak dan ayah pahalanya hanya Allah yang tahu :)

dari sudut pandangan peribadi saya rasa perkahwinan itu bukanlah pokoknya perkara untuk mengembirakan hati sendiri. sebuah perkahwinan itu lebih kepada sinergi dua insan bergabung untuk menggembirakan hati insan insan disekeliling mereka atau satu sama lain :)

Abdul rahman bin Auf r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Hendaklah engkau mengadakan walimah walaupun dengan menyembelih seekor kambing.


p.s : harap saya lebih risaukan tak jumpa lagi cinta sejati untuk Allah. amin

2 comments:

ImaginE said...
September 20, 2011 at 5:56 AM

hehe. selamat pengantin baru izzah~

kalau cakap bab walimah ni sampai bila pun tak habis.tapi,kehendak terhadap walimah tu berbeza-beza ikut keperluan dan kematangan.semoga semuanya diberkati :)

oren said...
September 21, 2011 at 9:50 AM

Selamat pengantin baru jugak :)

Leave a Comment

Back to Home Back to Top Theme ligneous by pure-essence.net.