kalau katak tak lompat tinggi sangat, nanti ular makan

bismillahirahmanirrahim n assalamualaikum wbt :)

apa khabar iman hari ini? (tanya untuk diri sendiri)

ok. start!

last week saya ada menonton satu jenis drama. waktu waktu diri ini buat buat tak bz lagi. huhu. Dan ada satu scene dalam tu yang membuatkan saya kata "lepas ni nak tulis lah something kat in searching for another 99%". tapi biasalah alasan cliche- kekangan masa. sibuk menguruskan persiapan kenduri. huhu. dah macam jadi bibik dah kat rumah ni. orenkopi pun tak berupdate padahal dah ada pun idea nak tulis apa. tapi semua peram peram dulu sampai jadi macam sekarang. point point untuk memeriahkan post dah lupa dah.

tapi insyaAllah point penting masih kekal dalam ingatan.

ok berbalik kepada scene dalam drama tu:

* dia macam mengisahkan seorang budak laki ini. waktu kecik kecik dia kena tinggal kat rumah anak yatim. lepas tu macam ada satu hari tu,hari tu adalah besday dia then dia call lah ayah dia datang sambut sekali. lepas nyanyi lagu happy birthday tu depa pun main main lah baseball dengan riang ria. main main tu, ada sekali tu dia baling bola tu jauh sangat, lepas tu ayah dia pun pegi arr lari lari anak nak amik bola tu. bola tu macam jatuh dekat dengan jalan. then tiba tiba ada kereta langgar ayah dia. anak dia yang tadi tengok ayah dia pegi amik bola tu nampak dengan mata sendiri ayah dia kena langgar masa ambil bola yang dia suruh amik tu. lepas dia nampak ayah dia kena langgar tu dia terus lari sebab dia takut. sampai kebesar dia jadi trauma.

tapi bila dia besar, dia sangat sedih dengan kematian ayah dia dan dia rasa dia lah yang bersalah atas kematian ayah dia tu sebab dialog dia berbunyi:

" aku lah yang bersalah tahu tak, aku yang suruh ayah aku pergi amik bola tu, kalau aku tak suruh ayah aku amik bola tu, kalau aku tak suruh ayah aku datang sambut besday aku hari tu, kalau...bla.bla.bla" sambil air mata jatuh.

then saya terus teringat sepotong hadis yang agak memberi kesan masa form 4 dulu. sejak tahu pasal hadis ni, i try my very best to aviod the usage of "kalau"



Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.”

 
Riwayat Muslim


keterangan boleh rujuki sini

p/s: justifikasi: pelakon drama tadi adalah bukan muslim :)

1 comments:

ImaginE said...
September 6, 2011 at 6:13 AM

penyakit 'kalau' ni memang susah nak buang.
kita kadang-kadang lupa yang kita tak boleh nak nampak masa depan.
:)

Leave a Comment

Back to Home Back to Top Theme ligneous by pure-essence.net.