berlari mencari alternatif

salam dari southampoton :)
bismillahirahmanirrahim.
selawat dan salam keatas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W

bumi soton panas hari ini. terus hati kecil ini bersiul riang.
aiseh. bermadah pulak ;p

bermusafir ini membuatkan aku terkenangkan satu perkara. hidup berkelana di bumi asing ini menuntut pengorbanan. bukan sikit orang cakap. banyak! tapi apabila pengorbanan tu dah selalu dibuat. perkara yang dikorban jadi macam nothing pun. ambil contoh. duit ringgit. setiap minggu atau dua miggu sekali mesti kita akan keluar pi kedai kedai pak arab ataupun pakistan mencari ayam halal.

demi mencari seekor ayam halal tu, kita sanggup jalan about 10-15 minit padahal ada ja ayam jual kat tesco or sainsbury sebelah rumah. murah tambah siap dimasak lagi. tapi kalau tanya semua orang mesti macam tak tergamak nak beli ayam yang murah dan sebelah rumah tu. macam wajib pergi menapak 10 minit meredah hujan dan angin yang menggila demi seekor ayam halal.

dan resmi orang malaysia sama. cukup pantang dengan bab bab halal dan haram ni. sebab tu ada cop halal JAKIM. kalau tak da cop tu macam makanan tu sah dah haram. lebih baik tak payah beli. tapi kalau nak pratikkan kan sini. kuruih kering la kot.. yang ada hanya tanda ha lam alif lam ja. tak da pun bulatan keliling hijau putih sambil tulis JAKIM. :P

tapi pernah tak terfikir kenapa kita sanggup sangat berkorban duit dan tenaga demi seekor ayam halal tu. dalam erti kata lain berusaha untuk mencari alternatif.

dan aku terfikir kenapa kita sanggup nak berkompromi untuk mencari alternatif dalam bab ayam tapi bukan dalam bab bab lain. :(

ambil contoh:

dalam bab hiburan

ambil contoh

dalam bab pakaian

ambil contoh

dalam bab pergaulan

hakikatnya semua point point diatas duduk sama rendah dan tinggi sama rendah dengan bab mencari alternatif ayam halal sepertimana disebut dalam surah Al-Baqarah ayat 168.

 

6 :)

Assalamualaikum.

Sihat semua?
Semoga sihatlah hendaknya. :)


Aku tak ada la nak bawak tajuk apa-apa pun hari ni.Cuma nak luahkan perasaan sikit kot.memandangkan dah tak ada blog peribadi.


Semakin kita membesar.Semakin jauh perjalanan kita.Semakin banyak orang yang kita jumpa.Semakin banyak jugak benda pelik-pelik yang kita jumpa.

Tapi,itu lah manusia.Itulah kehidupan.Bare with it.Deal with it.

Sebagai manusia.Common sense tu perlu.

Sebagai manusia biasa,aku memang susah nak terima manusia lain yang berfikir tanpa common sense dan akhirnya menyusahkan orang.
Mungkin kadang-kadang kita tak sedar kita ada susahkan orang.Sebab tu kita kena selalu muhasabah diri.Dengar pendapat orang sekeliling.Jangan butakan mata.Pekakkan telinga.Fikir diri sendiri yang betul.Salah macam tu.

Percaya la cakap aku.Kalau kita buat muhasabah diri.Kita akan tetap rasa,kita memang ada buat salah dan ada rasa nak mintak maaf.Tahu tak mintak maaf tu benda yang sangat powerful.
Tak perlu cakap banyak.Cakap saja 2 perkataan tu.Banyak benda boleh selesai. :)

Lagi 1,walau kat mana pun kita berada jangan jadi manusia yang hanya nampak muka waktu senang-senang saja.Waktu susah hilang,entah ke mana.Ni la salah satu skop common sense yang patut ada pada setiap individu.Islam tak ajar penganutnya jadi orang pentingkan diri sendiri.Berbakti selagi boleh.Tak ada duit,bagi bantuan dengan tenaga.Tak mampu nak korban masa,bagi bantuan dengan idea.Paling penting,sumbangan itu kena ada.Tak kira lah dimana sekalipun kita ni.Apa pangkat pun kita ni.Kita sama-sama manusia.Kan?

Sebaik-baik manusia adalah manusia yang berguna kepada orang lain.Kan? :)

Tak kira la sebesar mana pun sumbangan tu.Kalau ikhlas lillahitaala,ganjaran tu tetap akan ada,dan banyak mana yang kita dapat hanya Allah saja yang tahu.Syaratnya mudah saja,effort mau ada bro!

Jangan ingat segala amalan-amalan kita di dunia ni dah cukup nak masuk syurga.Kalau tak jaga hubungan dengan orang sekeliling,walaupun kita dah ada depan pintu syurga tu,orang-orang yang kita tak settle dekat dunia ni panggil balik.suruh patah balik tau dari pintu syurga tu.Nak tak jadi macam tu?

Tak nak?Haaa.Jadi jangan dok syok sendiri ok?Tengok-tengok orang sekeliling dan jangan lokek nak menyumbang.ok? :)

sang pencerah

assalamualaikum.
berat sungguh tajuk wahida bawak sebelum ni. x habis digest lagi sebab kesuntukan waktu dan takut baca sambil lewa. sebab pesanan dari seorang sahabat. kalau tak bersedia jangan baca lagi sesuatu benda yang penting. then saya memilih kalau bahan bahan yang PENTING tapi agak berat tinggalkan kalau tak mampu. bila dah mampu, ambil dan hadam :)

hampir sebulan. program program ceramah ada banyak jugak disini. tapi nak rasa coretkan sini. macam dah terlupa. ataupun bila tulis tak dengan sepenuh hati. sebab kita asyik sangat dengar takut nanti kalau duk sibuk menulis takut tak dapat the gist. tapi bila balik rumah. hanya kepuasan sahaja dapat tapi isi samar samar.

tapi dalam banyak banyak program yang dihadiri atau tweet dari ulama', saya masih ingat ramai yang menyebutkan tentang movie ini. bagus amat kata mereka.

jom tengok bagi orang yg lambat macam saya :)

Back to Home Back to Top Theme ligneous by pure-essence.net.