6 :)

Assalamualaikum.

Sihat semua?
Semoga sihatlah hendaknya. :)


Aku tak ada la nak bawak tajuk apa-apa pun hari ni.Cuma nak luahkan perasaan sikit kot.memandangkan dah tak ada blog peribadi.


Semakin kita membesar.Semakin jauh perjalanan kita.Semakin banyak orang yang kita jumpa.Semakin banyak jugak benda pelik-pelik yang kita jumpa.

Tapi,itu lah manusia.Itulah kehidupan.Bare with it.Deal with it.

Sebagai manusia.Common sense tu perlu.

Sebagai manusia biasa,aku memang susah nak terima manusia lain yang berfikir tanpa common sense dan akhirnya menyusahkan orang.
Mungkin kadang-kadang kita tak sedar kita ada susahkan orang.Sebab tu kita kena selalu muhasabah diri.Dengar pendapat orang sekeliling.Jangan butakan mata.Pekakkan telinga.Fikir diri sendiri yang betul.Salah macam tu.

Percaya la cakap aku.Kalau kita buat muhasabah diri.Kita akan tetap rasa,kita memang ada buat salah dan ada rasa nak mintak maaf.Tahu tak mintak maaf tu benda yang sangat powerful.
Tak perlu cakap banyak.Cakap saja 2 perkataan tu.Banyak benda boleh selesai. :)

Lagi 1,walau kat mana pun kita berada jangan jadi manusia yang hanya nampak muka waktu senang-senang saja.Waktu susah hilang,entah ke mana.Ni la salah satu skop common sense yang patut ada pada setiap individu.Islam tak ajar penganutnya jadi orang pentingkan diri sendiri.Berbakti selagi boleh.Tak ada duit,bagi bantuan dengan tenaga.Tak mampu nak korban masa,bagi bantuan dengan idea.Paling penting,sumbangan itu kena ada.Tak kira lah dimana sekalipun kita ni.Apa pangkat pun kita ni.Kita sama-sama manusia.Kan?

Sebaik-baik manusia adalah manusia yang berguna kepada orang lain.Kan? :)

Tak kira la sebesar mana pun sumbangan tu.Kalau ikhlas lillahitaala,ganjaran tu tetap akan ada,dan banyak mana yang kita dapat hanya Allah saja yang tahu.Syaratnya mudah saja,effort mau ada bro!

Jangan ingat segala amalan-amalan kita di dunia ni dah cukup nak masuk syurga.Kalau tak jaga hubungan dengan orang sekeliling,walaupun kita dah ada depan pintu syurga tu,orang-orang yang kita tak settle dekat dunia ni panggil balik.suruh patah balik tau dari pintu syurga tu.Nak tak jadi macam tu?

Tak nak?Haaa.Jadi jangan dok syok sendiri ok?Tengok-tengok orang sekeliling dan jangan lokek nak menyumbang.ok? :)

1 comments:

oren said...
October 16, 2011 at 3:13 PM

jgn lokek nk menyumbang -____-

Leave a Comment

Back to Home Back to Top Theme ligneous by pure-essence.net.