berlari mencari alternatif

salam dari southampoton :)
bismillahirahmanirrahim.
selawat dan salam keatas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W

bumi soton panas hari ini. terus hati kecil ini bersiul riang.
aiseh. bermadah pulak ;p

bermusafir ini membuatkan aku terkenangkan satu perkara. hidup berkelana di bumi asing ini menuntut pengorbanan. bukan sikit orang cakap. banyak! tapi apabila pengorbanan tu dah selalu dibuat. perkara yang dikorban jadi macam nothing pun. ambil contoh. duit ringgit. setiap minggu atau dua miggu sekali mesti kita akan keluar pi kedai kedai pak arab ataupun pakistan mencari ayam halal.

demi mencari seekor ayam halal tu, kita sanggup jalan about 10-15 minit padahal ada ja ayam jual kat tesco or sainsbury sebelah rumah. murah tambah siap dimasak lagi. tapi kalau tanya semua orang mesti macam tak tergamak nak beli ayam yang murah dan sebelah rumah tu. macam wajib pergi menapak 10 minit meredah hujan dan angin yang menggila demi seekor ayam halal.

dan resmi orang malaysia sama. cukup pantang dengan bab bab halal dan haram ni. sebab tu ada cop halal JAKIM. kalau tak da cop tu macam makanan tu sah dah haram. lebih baik tak payah beli. tapi kalau nak pratikkan kan sini. kuruih kering la kot.. yang ada hanya tanda ha lam alif lam ja. tak da pun bulatan keliling hijau putih sambil tulis JAKIM. :P

tapi pernah tak terfikir kenapa kita sanggup sangat berkorban duit dan tenaga demi seekor ayam halal tu. dalam erti kata lain berusaha untuk mencari alternatif.

dan aku terfikir kenapa kita sanggup nak berkompromi untuk mencari alternatif dalam bab ayam tapi bukan dalam bab bab lain. :(

ambil contoh:

dalam bab hiburan

ambil contoh

dalam bab pakaian

ambil contoh

dalam bab pergaulan

hakikatnya semua point point diatas duduk sama rendah dan tinggi sama rendah dengan bab mencari alternatif ayam halal sepertimana disebut dalam surah Al-Baqarah ayat 168.

 

0 comments:

Leave a Comment

Back to Home Back to Top Theme ligneous by pure-essence.net.