8 :)

Assalamualaikum :)

Sihat semua?
Lama dah tak jumpa.

Aku tak ada la nak cakap apa sangat.Cuma ada satu benda yang aku macam wonder la.

Kita buat ibadah ni memang Allah dah janjikan ganjaran.
Ganjaran yang maha hebat.Yang kita tak boleh bayang macam mana rupa dia.
Boleh bayang tak pahala tu rupa macam mana?Tak kan?
Tapi kita percaya,pahala itu ada.
Dan InsyaAllah Allah bagi pada kita.
Tapi jangan lupa pasal dosa jugak :)
Dosa pun wujud.dan kita selalu himpun dosa tanpa kita sedar.
Bahaya kan?

Selalunya memang akan selalu orang share buat ibadat sekian-sekian,ganjaran yang diberi sekian-sekian.

Ok.Bagi aku,itu baguslah.Sebagai pembakar semangat kita nak buat.

Tapi kadang-kadang kita tak tahu pun kesahihan benda tu.Sebab periwayatnya tak jelas siapa?

Aku pernah ada perkongsian sikit dengan kakak ni.Pasal ikhlas.
Dia kata,apa yang kita buat ni kena sebab Allah.
Apa-apa pun.

Lepas tu aku tanya la pulak.Kalau kita buat sesuatu,tapi kita buat untuk keluarga.Macam mana pulak.

Simple je kakak tu jawab.
'Orang yang bagi talk tu cakap.Apa-apa pun kena letak Allah dulu.Barulah yang lain-lain kemudian.kalau kamu letak sebab dia adalah keluarga.Maka Allah dah bukan jadi tujuan kamu.'

Pernah terfikir tak?Kalau Allah bukan tujuan kita,berani tak kita nak letak harapan yang Allah akan redha apa kita buat?Tapi Allah itu maha penyayang.Dia sayang hamba-Nya.InsyaAllah,redha Allah tu ada.Bersangka baik selalu.Dan jangan lupa jugak.betulkan niat selalu :)


Balik pada persoalan aku tadi.
Kalaulah satu ibadah tu Allah bagi ganjaran sikit.Contohnya daripada 100% Allah bagi 1%.Nak buat lagi tak ibadah tu?

Kalau betul-buat sebab Allah.Banyak mana pun Allah bagi.Kalau dapat 0.00000000000000000000000000000000001% pun kita akan buat.Sebabnya jelas.Kita buat untuk Allah.

Kalau buat setakat nak sesuatu balik.Kalau ganjaran sikit,mesti ada yang fikir.Berbaloi ke aku buat?sikit je pun dapat.Nampak tak?

Jadinya,kalau ada la nampak dekat mana-mana yang dapat ganjaran ini atau dapat ganjaran itu,hadisnya tak sahih.Hadis itu hadis palsu.Atau apa pun.Fikir balik.Kita buat ibadah tu sebab Allah atau sebab ganjaran yang disebar-sebarkan tu?

Ganjaran tu semua kerja Allah.Kita tak tau apa yang kita dapat.Mana tahu apa yang kita buat tu,Allah bagi lebih dari apa yang disebar-sebarkan?Haa.Itu kita tak tahu.Dan tak akan pernah tahu.Dan tak layak pun dipersoalkan.

Cuma fikir macam ni.Kalau kita buat.InsyaAllah kita dapat sesuatu.Banyak atau sikit.Kita tak tahu.

Tapi kalau kita tak buat.Macam mana nak dapat sesuatu?Input tak ada.Mana nak datang output?


Faham tak?



Renung-renungkan dan selamat beramal............

:)



p/s-makin membeku di luar.makin panas di dalam



1 comments:

Leave a Comment

Back to Home Back to Top Theme ligneous by pure-essence.net.