musuh dalam selimut

assalamualaikum sahabat di belfast dan rakan rakan

basically sekarang semua orang tengah bz. mengadap laptop buat coursework or test. Alhamdulillah, Allah masih beri kita peluang untuk mengejar cita cita dunia dan akhirat.  kali ni bukan ilmu procrastinating untuk menghilangkan kekusutan otak yang dikongsikan. hari ni saya nak kongsikan tentang jawapan kepada persoalan yang ditanyakan kepada muslim chaplaincy semasa ada satu forum berkaitan interfaith last two weeks

soalan
syeikh, kenapa kita buat atau ulang lagi dosa yang kita buat tu eventhough kita dah taubat dengan sebenar benar taubat kita? adakah itu tanda, taubat kita tak diterima oleh Allah?

basically soalan tu bermain dalam fikiran saya dah lamaaaa... and entah mana wujud keberanian kita nak pi tanya sendiri kat syeikh tu soalan ini. ^.^

dan jawapan yang dia bagi sangat positif, bombastic, informative dan menenangkan.

Jawapan
bukan Allah tak terima taubat kita, tapi syaitan yang menyucuk hati hati kita untuk kita berperasaan sebegitu kepada Allah S.W.T. Allah itu maha pengampun dan menerima segala taubat selagi belum hari khiamat.
 tapi kenapa kita masih ulang kesalahan? in adalah kerana dosa ini sama lah sperti sakit. ambik contoh kita sakit, kita pergi klinik, ambil ubat dan makan. adakah dengan sekali makan ubat tu sakit tu akan sembuh terus. kalau nak cakap dari sudut yang saya belajar iaiut bidang pharmacy, setiap ubat tu ada dose yang ditetapkan. kena ambil berapa banyak sehari dan berapa lama.... bila dan sampai threshold ubat tu maka cukuplah dah ubat yang kita ambil tu, dengan izin Allah sakit itu akan beransur hilang. sama lah halnya dengan taubat, kita memohon ampun kepada Allah sama ertinya dengan ubat yang kita makan tu. setiap kali kita buat dosa, kita rasa kita salah jadi kita pun haruslah bertaubat. lepas tu esok tu buat dosa lagi, rasa bersalah, kita pun bertaubat. dan ulang perbuatan taubat sampai kita sampai threshold kita tu. insyaAllah apabila kita dan sampai di threshold tu dengan sendirinya kita berjaya untuk menahan diri daripada melakukan lagi perkara yang berdosa. dan sampai bila kita nak mengulang taubat kita tu? ia bergantung kepada individu sebab setiap orang ada threshold masing masing. ^.^


dan peranan syaitan amat jelas di sini. tugas dia hanya membisikkan ayat ayat negatif. macam ..huhu..buat apa aku bertaubat hari ini kalau esok aku buat lagi. tapi cuba kalian berfikir, kalau kita berhenti untuk bertaubat hari ini, kita akan lambat untuk sampai di threshold yang boleh menahan kita daripada "sakit" lagi atau berhenti terus. jadi sampai bila bila pun kita tak akan sampai threshold tu >.<


dan syeikh tu tambah lagi,
adalah normal, apabila kita buat dosa, dan kita sedar kita telah berbuat dosa dengan Allah dan bertaubat. yang tak normalnya apabila kita buat dosa, tapi Allah tak timbulkan pun perasaan kita telah buat dosa dan sekaligus hilang terus perasaan untuk bertaubat. jadi kalau kita rasa kita masih dapat rasa yang kita telah melakukan dosa, bersyukurlah, kerana Allah masih sayangkan kita. Dia mahu kita tunduk, menadah tangan memohon ampun dariNYA sahaja.

sekian, perkongsian kali ini



POST INI BUKANLAH BERMAKNA KALIAN LANGSUNG TAK DAK USAHA KE ARAH TIDAK MELAKUKAN DOSA, IA ADALAH HANYA UNTUK MENGUBAT HATI YANG RASA TAUBAT TIDAK DITERIMA

p.s: maaflah ye, sheikh tu cakap dalam english, dan apabila saya translatekan ke bm amat tidak cantik dan tersusun sangat bunyi. dan panjang lagi penerangan yang diberikan. tapi apa apa pun moga kalian dapat ibrah yang nak disampaikan. salam perjuangan ^.^

0 comments:

Leave a Comment

Back to Home Back to Top Theme ligneous by pure-essence.net.